"Selamat datang ke blog yang memaparkan segala kemisterian yang wujud dilangit dan bumi kita... "

Isnin, 7 Februari 2011

UFO muncul di Malaysia!


tiga pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini menunjukkan perubahan daripada bentuk bulat , bentuk burung terbang dan bentuk ular.

SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,”

Menurutnya lagi, objek UFO itu terus lesap dengan pantas seolah-olah mengetahui tindakan beliau merakam gambar kejadian berkenaan.


Khamis, 3 Februari 2011

Keunikan Hajar Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Rabu, 2 Februari 2011

Pengembara masa muncul ditahun 1928...?


Klip menunjukkan kununnya pengembara masa hadapan telah terakam oleh kamera pada tahun 1928 sedang berjalan menggunakan handphone...

Cahaya misteri di atas Kubah Emas, Baitulmuqadis



2 Klip video di atas menunjukkan kemunculan cahaya misteri di atas kubah emas...


BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.

Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.

Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.

Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.

Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.

Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.

Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.

Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.

Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj. - Agensi

petikan kosmo online

Selasa, 19 Oktober 2010

Lagi UFO muncul di AS


GAMBAR menunjukkan cahaya ganjil (dalam bulatan) yang didakwa objek terbang tidak dikenali di El Paso, Texas pada Rabu lalu.

NEW YORK - Tanggapan bahawa beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat di New York pada Rabu lalu dipercayai belon kian terhakis apabila objek sama muncul di El Paso, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa objek sama itu turut dilihat El Paso, Texas pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di Bumi.

Saksi-saksi kejadian di El Paso kemudian menghubungi beberapa balai polis dan stesen berita tempatan bagi memberitahu apa yang mereka lihat itu.

Menurut mereka, satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah menjadi tiga cahaya.

Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.

Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.

Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat sejumlah penduduk di New York pada Rabu lalu.

Seterusnya, cahaya keempat muncul di El Paso.

Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.

Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.

Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat di New York pada Rabu lalu.

Dalam kejadian di New York itu, satu objek misteri berlegar di sebelah barat New York manakala ramai penduduk memikirkan apa sebenarnya yang mereka lihat.

Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.

Semasa ia muncul di New York, ketiga-tiga objek itu berlegar-legar di udara dengan menyebabkan lalu lintas terhenti.

Objek-objek itu dipercayai sebagai belon selepas seorang guru besar, Angela Freeman mendakwa 12 belon untuk meraikan seorang gurunya terlepas ke udara.

Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.

Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.

Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.

Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam. - Agensi

Rabu, 13 Oktober 2010

Temui isyarat misteri dari angkasa lepas

SYDNEY - Seorang ahli astronomi Universiti Sydney Barat, Ragbir Bhathal menyatakan bahawa beliau telah mengesan terdapat satu isyarat cahaya pada Disember 2008 dari salah satu galaksi yang menempatkan satu bintang yang kini dikenali sebagai Gliese 581g dan dipercayai saintis mirip Bumi serta mempunyai potensi kehidupan.

illustrasi di atas sebagai hiasan...
Menurut saintis itu, dia menemui isyarat itu semasa meninjau angkasa lepas dari sebuah balai cerap pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, dia membuat penemuan itu dua tahun lalu sebelum pengumuman dibuat mengenai Gliese 581g pada hujung bulan lalu.

"Setiap kali malam terang, saya akan naik ke balai cerap untuk melihat objek-objek di cakerawala," katanya.

"Ketika melihat objek-objek berkenaan, kami menemui satu isyarat yang jelas menyerupai sinaran laser berbentuk tajam di lokasi tersebut," tambahnya.

Sebelum ini, Steven Vogt, profesor astronomi dan astrofizik di Universiti California dan rakannya, Paul Butler dari Institusi Carnegie mengumumkan penemuan Gliese 581g pada satu sidang akhbar yang diadakan Yayasan Sains Kebangsaan pada 29 September lalu.

Jarak Gliese 581g dari Bumi ialah 20 tahun cahaya.

Namun, menurut laporan Fox.news.com pada Isnin lalu, seorang saintis, Frank Drake, berasa curiga dengan kenyataan Bhatal.

"Saya mengenali dia (Bhatal). Semasa saya meminta maklumat lebih lanjut (berhubung isyarat itu), dia tidak menghantarnya kepada saya," kata Drake. - Agensi

Ahad, 3 Oktober 2010

Budak dari Marikh


BORISCHA, kanak-kanak Rusia yang menggemparkan saintis dengan pengetahuannya yang terperinci tentang bumi dan Marikh.


LAPORAN akhbar minggu ini tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.

"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel kepada akhbar The Guardian di London.

Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.

Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga masih menyelongkar jawapannya.

Malapetaka

Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.

Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.

Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.

Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.

Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.


LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?


Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.

Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.

Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.

Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.

Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.

"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.

"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.

"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.

"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.

"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.

Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.

Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.

Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.

"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.

Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.

Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf

Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.

Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta

"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.

"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.

"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.

""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.

"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.

Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.

Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.

Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.

Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.


KAPAL angkasa manusia sering gagal mendarat di Marikh kerana, menurut Borischa, terdapat signal khas yang dikeluarkan oleh planet itu.


Jurnal cuba untuk menjejaki perkembangan terbaru Borischa di laman Internet, namun gagal mendapatkan sebarang maklumat.

Maklumat terakhir yang diperoleh adalah pada September 2008 apabila Kerry Cassidy daripada Camelot Project yang pernah menemu bualnya meninggalkan mesej di sebuah forum di Internet:

"Borischa berada dalam keadaan yang amat baik dan membesar dengan baik. Dia akan memulakan persekolahan di Moscow dalam masa terdekat dan akan menetap di tempat baru.

"Kami akan lihat sama ada dia mempunyai akses Internet di rumahnya.

"Amat sukar untuk mereka mempunyai Internet di dalam apartmen mereka tetapi ia boleh berubah jika mereka mendapat tempat tinggal yang lebih baik.

"Kami ada menghubunginya beberapa bulan lalu. Dia dan ibunya ketika itu sedang kembali ke kampung halaman mereka untuk mengemas barang bagi perpindahan ke Moscow."

Kanak-kanak ini juga nampaknya bukan seorang yang pandai bercakap tentang sains astronomi tapi juga mempunyai perspektif yang murni tentang kehidupan.

"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain. Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan berlutut kepadanya.

"Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar Borischa.

( petikan kosmo online )