"Selamat datang ke blog yang memaparkan segala kemisterian yang wujud dilangit dan bumi kita... "

Ahad, 11 Oktober 2009

misteri awan bentuk imej cincin atau UFO dilangit Moscow...


MOSCOW - Sebahagian penduduk Rusia menyaksikan satu fenomena unik apabila imej seperti cincin yang bersinar terbentuk di langit di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej itu dirakamkan oleh seorang penduduk pada Rabu lalu dan boleh dilihat menerusi laman web YouTube.

Bagaimanapun, seorang pegawai meteorologi menafikan kejadian itu berlaku akibat kuasa ghaib.

Menurut seorang jurucakap agensi meteorologi di sini, kejadian itu disebabkan oleh kesan maya pada pandangan mata.

"Ia merupakan satu kesan maya walaupun kelihatan seperti mengagumkan.

"Jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati terdapat sinaran matahari yang datang melalui awan itu," katanya. - Agensi

( dipetik dari berita KOSMOonline 12/10/2009 )



" Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi..." Surah al-An'aam:101.

Allah berfirman : Ingatlah, sesungguhnya ( hanya ) milik Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi... [ Yunus : 66 ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan