"Selamat datang ke blog yang memaparkan segala kemisterian yang wujud dilangit dan bumi kita... "

Ahad, 11 Oktober 2009

UFO jejak peluru berpandu Iran?



TEHERAN - Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat di angkasa ketika pihak berkuasa Iran mengadakan satu ujian peluru berpandu baru-baru ini, lapor sebuah akhbar.

Klip video itu menunjukkan objek misteri tersebut memecut di ruang udaranya sebelum membelah awan ketika rakaman tertumpu pada peluru berpandu Iran sejurus selepas ia dilancarkan.

Rakaman itu menunjukkan UFO itu mengatasi kelajuan peluru berpandu itu.

Iran melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat pada Sabtu lepas sekali gus membangkitkan kemarahan Barat dan Israel.

Satu laporan di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan rangkaian berita Fox News mendedahkan kehadiran UFO itu ketika peluru berpandu kedua dilancarkan.

Klip video itu menunjukkan peluru berpandu Shahab-3 melonjak ke udara.

Namun, selepas 38 saat segumpal awan berhampiran terbelah dua oleh sebuah objek terbang yang bergerak pada kelajuan tinggi.

Mengulas mengenai isu tersebut, seorang pakar UFO dari Britain, Nick Pope, menyifatkan insiden yang jarang berlaku itu sebagai satu fenomena menakjubkan.

Menurutnya, kelajuan objek misteri itu menunjukkan ia bukan pesawat buatan manusia.

"Namun, mungkin juga ia sebuah pesawat kawalan jauh milik Amerika Syarikat (AS). Sebelum ini, AS merahsiakan pembuatan pesawat prototaip daripada pengetahuan umum selama beberapa tahun," katanya. - Agensi

( petikan berita KOSMO online 7/10/2009 & video YOUTUBE channel ufosweden )

Persoalan paling misteri tentang objek terbang UFO ni ialah adakah ia memang benar makhluk dari angkasa lepas atau manusia atau mungkin ada kaitan dengan dajjal kah... ?

Dalam sebuah hadis sahih diriwayatkan Imam Muslim bahawa Nabi Muhammad S.A.W menjawab pertanyaan sahabatnya ketika baginda ditanya : " Bagaimana kecepatan Dajjal dimuka bumi? " Baginda S.A.W menjawab : " Bagaikan al-ghaith ( awan ) yang diikuti angin.." [ Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya, juz 18 halaman 66, dan Imam At-Tirmidzi dalam Sunan-nya, juz 4, halaman 511 ]

Kalau betul itu kapal angkasa UFO, begitu hebatlah teknologinya sehingga boleh mengatasi kelajuan peluru berpandu Iran, dengan kata lain teknologi sains mereka ( UFO ) cukup hebat. Bahan-bahan besi apakah yang mereka gunakan untuk menghasilkan pesawat UFO ini? Mungkinkah manusia setakat ini masih belum menemui kemajuan mereka atau kurang mengkaji bahan-bahan besi yang mereka gunakan untuk mencipta piring terbang UFO. Mungkinkah UFO telah mengkaji apa yang diberitahu dalam Al-Quran ( yang manusia kurang untuk mengkajinya..) sebagaimana firman Allah SWT : Dan Kami ciptakan besi yang pada nya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia ( supaya mereka mempergunakan besi itu ) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong ( agama ) Nya dan Rasul-rasul Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah mahakuat lagi mahaperkasa [ Surah Al-Hadid : 25 ].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan